Sunday, April 25, 2010

HQ Vemma





Vemmatrition Sdn. Bhd. (713201-U) (AJL:931911)
23-3 Block D, Jaya One,
72-A Jalan University,
46200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
ofc : 03 -7955 2222
FAX : 03-7956 2222
EMAIL : ms.malaysia@vemmaasia.com





Kejayaan Vemma

Antara kejayaan-kejayaan di Vemma











Bayaran

Apa yang anda bayar di bisnes ini?

1. USD $$$* = Produk + laman web Myvemma.com
2. USD 19.95 (RM 72) = Sistem Vemmabuilder

$$$* Bergantung kepada pakej pek

Cara pembayaran

1. Kad kredit = Lihat sini
2. Kad Debit = Lihat sini

PERHATIAN : Ahli-ahli Vemma tidak dibenarkan untuk mengutip wang tunai daripada sesiapa sahaja, mahupon dari prospek baru atau ahli-ahli di bawah rangkaiannya.

Bagaimana Upgread

Rasanya masih ramai yang tak tau macam mana cara tuk upgread keahlian di vemma ni dari PE (Pre-Enrolee) kepada Paid Member kan. keadaan yang sama seewaktu saya masih PE dulu..hehe
Ok. setelah anda telah mendaftar sebagai PE (tempoh keaktifan selama 90 hari jer) dan sekiranya anda tertarik dengan sistem ini, anda perlu lah Upgread keahlian anda tu kepada Paid Member terlebih dahulu untuk mendapat bonus-bonus yang disediakan.
Terdapat 3 cara untuk Upgread :

1. Menggunakan Kad Kredit.
Sekiranya anda mempunyai Kad Kredit, anda boleh membuat pembayaran melalui Kad Kredit tersebut asalkan ianya ada Visa dan Mastercard.

2. Menggunakan Kad Debit
Ok, jangan takut kalau dengar nak Upgread kena guna Kad Kredit, sebab Vemma ni prihatin, dia tau tak semua mampu menggunakan Kad Kredit, macam saya..hehehe... Antara Kad Debit yang boleh digunakan

Kad Debit Maybank
Di bawah ini ditunjukkan cara mengaktifkan Visa debit card daripada Maybank untuk urusan transaksi di internet. Anda hanya perlu melakukannya deng
an beberapa langkah mudah sahaja di Maybank2u. 1. Masuk ke akaun Maybank2u anda ataupunklik di sini.

Lepas tu, klik pada bahagian "Maybankard Secure Online Shopping Regi
stration"

KAD DEBIT EON BANK

Setakat hari ini, kad debit EON bank adalah kad debit yang paling banyak digunakan oleh ahli VeMMA untuk upgred kepada Member.Kenapa Kad Debit EON menjadi pilihan ramai?

  • Murah – Hanya perlu bayar RM8 sahaja untuk buka akaun
  • Boleh diperolehi dengan cepat – siap on the spot
  • Activation kad dalam masa lebih kurang 16 jam – maksudnya, selepas kad anda siap, anda perlu tunggu paling kurang 16 jam dulu baru boleh gunakan kad tersebut.

Cara nak buat senang saja…Kunjungi EON bank terdekat dengan membawa duit secukupnya untuk upgred dan anda apply kad debit EON Bank. Bila kad dah siap, pergi ke ATM machine dan tukarkan no PIN baru anda. Jangan lupa juga register PIN untuk EON Bank online.

KAD DEBIT AL-RAJHI

Walaupun kad debit Al-Rajhi jarang digunakan kerana masih kurang cawangan yang di buka, (baru berkembang), kad debit ini boleh menjadi pilihan untuk upgred kepada Member. Jika anda tinggal di kawasan bandar, bolehlah jumpa cawangannya.
Bagaimana nak apply kad debit Al-Rajhi?


  1. Pergi ke cawangan Bank Al-Rajhi dan jangan lupa bawa IC dan duit untuk upgred & lebihkan RM20. Ambil no giliran dan bila dipanggil, bagitau kaunter yang anda akan buka akaun saving biasa.
  2. Tunjukkan IC, isi borang sikit (kalau tak tahu boleh tanya kaunter). Biasanya tak sampai 30 minit dah siap.

Dah ada akaun saving, jangan lupa untuk apply 2 benda ini pula:

  1. Kad Debit Al-Rajhi
  2. Akaun Perbankan Internet Al-Rajhi

Dah siap Kad Debit anda, sila ke ATM dan tukar no PIN anda di mesin ATM, pergi ke menu lain-lain. Buat PIN request for Internet Banking. Mesin ATM akan keluarkan satu slip yang ada kod untuk anda registerkan http://www.alrajhibank.com.my/
Balik rumah, buka PC. Login kat http://www.alrajhibank.com.my/. Klik kat menu belah kanan First Time Login. Nanti anda create lah akaun anda. Jangan lupa masukkan PIN yang anda apply kat mesin ATM tadi.

Selepas siap apply akaun anda, Log In ke http://www.vemmabuilder.com/ dan klik "Get Started" seterusnya isi form tertera. Sebelum anda memilih Pakej yang anda inginkan, pastikan wang yang mencukupi telah dimasukkan ke akaun anda tu yer (untuk memohon menggunakan kad debit)

Pelan Ganjaran


Vemma menggunakan plan 2 kaki, yang mana berasaskan kepada konsep pembinaan rangkaian di dalam 2 kumpulan iaitu kumpulan kiri dan kanan. Memandangkan hanya terdapat 2 kaki sahaja yang perlu dipenuhkan, ia memberikan kemudahan kepada ahli untuk memberikan fokus kepada membuat penajaan dan tidak perlu risau dengan penyusunan downline. Sistem akan membuat pengisian downline secara automatik di kedua-dua belah kaki yang mana sebelah kaki akan dipenuhkan oleh ahli tajaan sendiri (direct sponsor) dan sebelah lagi dengan kombinasi limpahan downline (spillover) dan ahli tajaan sendiri (direct sponsor)

Kebanyakan pakar menyatakan sistem yang diguna pakai oleh Vemma adalah merupakan pelan ganjaran perniagaan yang paling cepat berkembang di dalam industri sehingga kini.

Ia membolehkan ahli mendapat komisen dari belian/jualan peribadi tetapi juga oleh belian/jualan oleh ahli-ahli di dalam kumpulannya termasuk dari ahli yang diletakkan oleh upline.

Vemma membuat pembayaran seminggu sekali. Ini membolehkan ahli menjana pendapatan setiap minggu.

Pelan ganjaran perniagaan Vemma dapat diringkaskan seperti berikut:

  • Hanya 2 kumpulan (kaki) yang perlu dibina oleh setiap ahli. Setiap ahli baru akan dimasukkan ke dalam salah satu kumpulan tersebut, sama ada kiri atau kanan.
  • Kita dibayar berdasarkan volume, bukan bukan level (tingkat)
  • Tidak ada had dari segi bilangan masa untuk ahli membuat pusingan (cycle)
  • Jualan di dalam power leg akan kekal sehingga ahli layak membuat pusingan selama keahlian aktif
  • Terdapat begitu banyak potensi untuk mendapat spillover darpada upline.
  • Kita dibayar secara mingguan
Terdapat 3 cara untuk kita meraih pendapatan daripada pelan ganjaran perniagaan 2 kaki Vemma:

  1. Pendapatan Pembinaan Kumpulan
  2. Pendapatan Runcit
  3. Bonus Pools

1. Pendapatan Pembinaan Kumpulan (Team Building Income) diperolehi dengan mempromosikan Peluang Perniagaan Vemma.

Bonus-bonus yang boleh diperolehi daripada Pembinaan Kumpulan adalah seperti berikut:

• Instant Sponsor Bonus
• Fast Start Bonus
• Consistency Bonus
• Cycle Bonus (2/3 PowerLeg - 1/3 ProfitLeg)
• Enroller Matching Bonus
• Second Tier Matching Bonus
• Rank Advancement Awards antara $100 and $25,000

2. Pendapatan Runcit diperolehi melalui Bonus Pelanggan.

  • Pendaftar (enroller) boleh mendapat bonus pelanggan atas pembelian produk daripada pelanggan yang diperkenalkan oleh mereka. Peruntukan bonus pelanggan bagi Taiwan dan Malaysia adalah 20% daripada harga ahli atas penempahan pertama dan seterusnya

3. Global Bonus Pools adalah pools yang akan berlangsung setiap 12 minggu untuk menggalakkan pembinaan kumpulan dan kerjasama sesama pepmimpin dengan memberi ganjaran bonus sekitar 3% dari jumlah jualan Vemma kepada leader-leader yang layak

Penerangan lanjut mengenai bonus-bonus di dalam kategoriPendapatan Pembinaan Kumpulan adalah seperti di bawah:

Instant Sponsor Bonus (Bonus Penaja Segera): Hanya untuk jualan pertama, Penaja Upline Terus akan menerima Instant Sponsor Bonus sebanyak USD$4 atas pembelian Ahli baru mereka, termasuk pembelian Family Pack. Pesanan berikutan akan dibayar dalam bentuk Cycle Bonus yang sedia ada. Bonus ini tidak memerlukan ahli yang aktif atau kelayakan keahlian. Namun demikian, seseorang Ahli perlu membuat sesuatu pesanan pada satu ketika. Bonus ini akan dibayar kepada setiap Ahli sekali sahaja dalam hidupnya.

Fast Start Bonus (Bonus Permulaan Cepat):
Pesanan Sebanyak 60QV
Pendaftar yang layak akan menerima Fast Start Bonus atas pesanan pertama daripada ahli-ahli yang didaftar oleh mereka sendiri. Pendaftar layak mendapat USD10 dolar atas 1 Pak; USD20 atas 2 Pak. Untuk memperolehi Bonus Permulaan Cepat anda hendaklah menjadi ahli aktif dengan pesanan sebanyak 60QV
Vemma Nutrisi Program Bonus Perolehi QV / CV
1-Pak $10 USD 30
2-Pak $20 USD 60
Pakej Pembina Basis ( 4 pak ) $60 USD 120
Pakej Pembina Silver ( 6 pak ) $120 USD 180
Pakej Pembina Ultimate ( 12 pak ) $250 USD 360
V2-30 Pak (Akan Datang) $10 USD 30

Consistency Bonus (Bonus Konsistensi):
Sebagai Pendaftar, anda akan menerima Consistency Bonus seperti berikut atas setiap pesanan yang dibuat oleh ahli yang anda daftarkan; USD$3 Consistency Bonus (satu program Pemakanan Vemma); USD$6 Consistency Bonus (dua program Pemakanan Vemma), selagi anda menjadi ahli aktif dengan 120QV dan layak dalam keahliaan anda. Mana-mana Consistency Bonus yang dijanakan tetapi tidak layak diterima oleh Pendaftar berkenaan akan ditambah kepada jumlah nilai kitar mingguan.
Vemma Nutrisi Program Bonus Perolehi
1-Pak $3 USD
2-Pak $6 USD
Pakej Pembina Basis ( 4 pak ) $12 USD
Pakej Pembina Silver ( 6 pak ) $18 USD
Pakej Pembina Ultimate ( 12 pak ) $36 USD*
V2-30 Pak (Akan Datang) $3 USD


Cycle Bonus (Bonus Pusingan):
Pada hujung setiap tempoh jumlah jualan (mingguan), komputer Vemma akan menyemak kumpulan kiri dan kanan anda dan jika terdapat tiga jualan (180QV) dalam satu kumpulan dan enam jualan (360QV) dalam kumpulan lain, maka anda akan layak menerima Cycle Bonus berjumlah kira-kira USD$25 . Anda boleh menerima Cycle Bonus dengan banyak kali dalam satu tempoh masa yang sama! Tetapi anda mesti pada keadaan aktif dan layak dalam keahlian anda.
Untuk memastikan akan mendapat bonus yang paling tinggi, Vemma akan mencampurkan wang sebanyak 50% daripada yang diborongkan kepada Dana Kitar pada setiap minggu.
Vemma Nutrisi Program Jualan Pertama QV / CV Jualan Seterusnya QV / CV
1-Pak 1/2 kitar kredit 30 1 kitar kredit 60
2-Pak 1 kitar kredit 60 2 kitar kredit 120
Pakej Pembina Basis ( 4 pak ) 2 kitar kredit 120 4 kitar kredit 240
Pakej Pembina Silver ( 6 pak ) 3 kitar kredit 180 6 kitar kredit 360
Pakej Pembina Ultimate ( 12 pak ) 6 kitar kredit 360 12 kitar kredit 720
V2-30 Pak (Akan Datang) 1/2 kitar kredit 30 1 kitar kredit 60


Cycle Bonus bagi setiap keahlian tidak dihadkan dan baki jualan yang belum dibayar sebagai Cycle Bonus kepada ahli yang aktif tidak akan dibatalkan. Setiap jualan 2 Pek akan dikira sebagai dua jualan Cycle Bonus. Setiap jualan Pak Family akan dikira sebagai empat jualan dan setiap jualan Pak Super Family akan dikira sebagai enam jualan.

Anda tidak akan layak untuk menerima pendapatan sehingga anda telah melayakkan keahlian anda dengan mempunyai seorang ahli Vemma aktif dalam kumpulan kiri dan seorang lagi di dalam kumpulan kanan anda yang anda memperkenalkannya sendiri. Namun demikian, mana-mana jualan yang dicapai oleh kumpulan anda TIDAK akan dibatalkan dan akan disimpan sehingga anda melayakkan keahlian anda selagi anda menjadi Ahli yang aktif. Jika anda tidak layak dalam mana-mana minggu, maka jualan dari minggu tersebut tidak akan dikumpulkan. Jika anda tidak aktif dalam 4 minggu secara berturut-turut, maka mana-mana jualan minggu yang terkumpul akan dibatalkan. Jika anda tidak aktif dalam 24 minggu berturut-turut maka keahlian anda akan ditamatkan.


Enroller Matching Bonus (Bonus Sepadan Pendaftar):
Bonus ini membolehkan anda layak menerima 10% Enroller Matching Bonus atas Cycle Bonus Ahli-Ahli yang didaftar oleh anda sendiri. Untuk layak menerima Enroller Matching Bonus ini anda hanya perlu menambah pesanan Autoship bulanan anda sendiri kepada dua Program Pemakanan Vemma (120QV) dan mempunyai empat orang Ahli aktif (60QV setiap satu) yang anda daftarkan sendiri. Dua orang Ahli yang didaftar untuk kelayakan ini ditempatkan pada sebelah kiri dan kanan kumpulan.Dua orang Ahli yang lain boleh diletakkan di mana-mana sahaja dalam kumpulan anda.

Second Tier Matching Bonus (Tahap Kedua Bonus Sepadan):
Anda bukan sahaja dapat memperoleh keuntungan daripada mereka yang anda daftarkan, tetapi anda juga layak menikmati 10% bonus sepadan atas Cycle Bonus seluruh Ahli yang anda daftarkan sendiri. Jika pesanan Autoship peribadi anda terdiri daripada dua Program Pemakanan Vemma dan anda mempunyai enam orang Ahli aktif (60QV setiap satu) yang anda daftar sendiri, maka anda akan layak untuk menerima bonus ini. Dua orang Ahli yang didaftar untuk kelayakan ini ditempatkan pada sebelah kiri dan kanan kumpulan.Empat orang Ahli yang lain boleh diletakkan di mana-mana sahaja dalam kumpulan anda.

Pakej Produk




Di dalam Bisnes Vemma terdapat pelbagai pakej pek untuk di upgread kepada ahli. Berikut adalah senarai pakej yang terdapat di Vemma. Harga pakej dibawah tidak termasuk dengan harga servis web vemmabuilder bernilai USD 19.90 (RM 70)

Wholesale Membership.


Jenis Ahli : Single Pack
Kuantiti Pek : 1 pek
Harga : RM342
Tempoh Keahlian : 1 bulan
Layak : dapat sponsor bonus RM342 kalau sponsor Silver dan RM950 kalau sponsor Ultimate
Pendapatan Maksimum Mingguan : RM3800

Business Package Membership.

Jenis Ahli : Double Pack
Kuantiti Pek : 2 Pek
Harga : RM684
Tempoh Keahlian : 1 bulan
Layak : dapat sponsor bonus RM456 kalau sponsor Silver dan RM950 kalau sponsor Ultimate
Pendapatan Maksimum Mingguan : RM7600



Jenis Ahli : Silver Pack
Kuantiti Pek : 6 pek
Harga : RM2052
Tempoh Keahlian : 3 bulan
Layak : dapat sponsor bonus RM342 kalau sponsor Silver dan RM950 kalau sponsor Ultimate
Pendapatan Maksimum Mingguan : RM38,000

Jenis Ahli : Ultimate Pack
Kuantiti Pek : 15 pek
Harga : RM5130
Tempoh Keahlian : 6 bulan
Layak : dapat sponsor bonus RM342 kalau sponsor Silver dan RM1520 kalau sponsor Ultimate, dan layak untuk semua bonus di dalam VeMMA
Pendapatan Maksimum Mingguan : RM95,000

Anda diberi masa 90 hari sahaja untuk upgrade kepada status Ultimate Pack bermula dari tarikh anda sertai sebagai 'wholesale membership'. Anda cuma perlu membeli pakej Ultimate Pack sekali sahaja sepanjang hayat anda dalam business Vemma, ini bagi melayakkan anda menerima kelebihan yang ada dalam Ultimate Pack. Selepas itu anda cuma perlu membeli Single Pack sahaja.

Latar Belakang Syarikat


VeMMA adalah sebuah syarikat yang diuruskan oleh keluarga dan berasaskan nilai keluarga dan ditubuhkan oleh pengasas New Vision. New Vision yang ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu ialah pemimpin dalam industri kesihatan dan mencapai jumlah jualan runcit yang melebihi USD$1 bilion dolar.

New Vision telah menjadi sebuah syarikat yang terkemuka, kukuh dan boleh dipercayai dalam industri pemasaran rangkaian. New Vision beroperasi dari Ibu Pejabat baru seluas 26,000 kaki persegi di 8322, East Hartford Drive, Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat. Syarikat ini juga mempunyai sebuah pusat pengedaran yang canggih seluas 25,000 kaki persegi serta sebuah kemudahan perkilangan cecair di Tempe, Arizona. Walau bagaimanpun di dalam industri pemasaran rangkaian (multilevel marketing), kadar syarikat baru yang gagal pada tahun pertama adalah sebanyak 90% dan disusuli lebih 98% dalam tempoh lima tahun, New Vision telah mencapai kejayaan dan keuntungan selama sepuluh tahun. Malah, yang lebih mengagumkan ialah New Vision telah membayar royalti hampir USD$500 juta dolar kepada ahli-ahlinya dan tidak pernah lewat menghantar cek-cek royalti atau menunaikan janjinya kepada para ahli.

Kedua-dua New Vision dan VeMMA dimiliki oleh BK Boreyko dan adik perempuannya, Karen dan Lauren. Ibu bapa mereka, Ben dan Dottie Boreyko ialah pemasar rangkaian yang berjaya. Mereka telah lama terlibat dalam industri ini sejak zaman kanak-kanak mereka. Pada umur 7 tahun, BK bermula membantu ibu bapanya mengendalikan perniagaan Amway mereka. Pada umur 18 tahun beliau menubuhkan perniagaan pengedaran Amway sendiri sehingga peringkat PS Direct. Apabila beliau berumur 30-an , beliau dan keluarganya telah melancarkan pemasaran rangkaian generasi baru yang dinamakan New Vision. New Vision ditubuhkan berasaskan kekuatan dan keberanian ibu mereka yang telah meninggal dunia akibat penyakit kanser, setahun sebelum New Vision ditubuhkan. Misi New Vision agak mudah, iaitu meningkatkan kualiti hidup keluarga dari segi fizikal dan kewangan. Dalam beberapa bulan sahaja, syarikat ini telah mencapai pertumbuhan dan kejayaan yang mengagumkan oleh berkat kepimpinan yang dinamik sehingga disifatkan sebagai kapal roket oleh majalah Success Magazine. Tidak lama kemudian, BK dan adiknya Jason telah dihadiahi Anugerah Usahawan Cemerlang di Arizona oleh Ernst and Young atas berbagai-bagai inovasi dan sumbangan syarikat mereka.

BK bersyukur dengan setiap kejayaan dan restu yang dialami dan telah menggunakan sumber peribadi dan syarikat untuk membantu mereka yang kurang bernasib dengan menyumbang lebih daripada USD$2.5 juta dolar kepada berbagai-bagai pertubuhan dan kegiatan amal seperti Habitat for Humanity, Dream Centre, United Way, Yayasan Hutan Hujan dan Yayasan Dottie Boreyko (untuk membantu golongan belia di bandar).


New Vision telah memperkaya hidup beribu-ribu orang di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Singapura, Malaysia, Filipina, Australia dan New Zealand. Syarikat yang mantap dan dihormati ini memberikan ketenangan hati kepada Ahli Pasukan (pemimpin luar), Pemain Pasukan ( kakitangan Ibu Pejabat) dan Para Pelanggan kerana mereka sedar bahawa masa, tenaga dan sumber yang dilabur oleh mereka di dalam New Vision pada hari ini akan mendatangkan ganjaran kepada mereka pada hari esok.

VeMMA ialah hasil usaha dan pengalaman yang dilaburkan dalam bidang pemasaran rangkaian selama 10 tahun untuk mencipta peluang yang sempurna bagi 10 tahun yang akan datang serta masa depan selepas itu! Ini ialah peluang anda untuk mencapai hidup kaya dan bahagia yang akan memberi anda kebebasan dan keselesaan yang kita semua harap-harapkan dengan sokongan kukuh yang diberi oleh sebuah syarikat gergasi yang sungguh berjaya di dalam industri pemasaran rangkaian.